Sekolah ini mempunyai seramai 220 orang murid yang terdiri daripada murid harian dan asrama. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan merupakan sekolah bergred A. Murid-murid yang belajar di sekolah ini datang dari kampung-kampung yang berhampiran. Dan muridnya juga terdiri daripada pelbagai kaum. Bilangan murid yang majoriti di sekolah ini ialah murid yang berbangsa Iban diikuti murid yang berbangsa Melayu, Melanau, Cina dan Bidayuh.
Sekolah ini hanya menjalankan satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Sekolah ini pernah diterajui oleh sembilan orang Guru Besar bermula dari tahun 1953 sehinggalah sekarang. Antaranya ialah:
1. Encik Simon Sain ak Maja - 1953 sehingga 1959
2. Encik Mergie - 1960 sehingga 1963
3. Encik Skinner - 1964 sehingga 1965
4. Encik Chong - 1966 sehingga 1967
5. Encik Boris ak Jarob - 1968 sehingga 1069
6. Encik Albert ak Mercer - 1970 sehingga 1981
7. Encik James Tuba Ading - 1982 sehingga 1993
8. Encik Oki ak Benang - 19994 sehingga 1997
9 Encik Gurong ak Beti - 1998 sehingga sekarang.
Seramai 34 orang kakitangan yang menerajui SK Engkilili No.1 pada tahun 2010. Kakitangan guru yang terdiri daripada guru DGA41, DGA38(kup), DGA32, DGA32(kup), DGA29 dan Guru Sandaran Tidak Terlatih adalah seramai 19 orang. Manakala Anggota Kakitangan Sokongan seramai 10 orang dan Pekerja Swasta seramai 5 orang. Sk Engkilili No.1 mempunyai 7 buah kelas iaitu dari Prasekolah sehingga Tahun 6, sebuah bilik Pemulihan Khas, Bilik Agama, Makmal Akses, Makmal Komputer, Dewan Makan, 2 unit rumah Sebiro, 4 unit kuarters dan 1 unit rumah gotong-royong. Disebabkan masalah rumah kediaman yang masih tidak mencukupi, kebanyakan guru tinggal di luar.
SK Engkilili No.1 merupakan salah sebuah sekolah yang bertuah kerana tersenarai untuk mendapat Projek Pembinaan bangunan blok tiga tingkat yang baru, menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang bernilai RM12 juta untuk menampung keperluan pembelajaran murid-murid di Sekolah Kebangsaan Engkilili No.1. Dan Projek ini dijangka siap sepenuhnya bulan awal Februari tahun 2011. Kini kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan.
Kalau dilihat daripada bentuk muka buminya, sekolah ini mempunyai kawasan yang berbukit dan kawasan yang rendah. Lebih-lebih lagi kawasan yang rendah ini berdekatan dengan sungai Batang Lupar. Apabila musim hujan air dari sungai Batang Lupar melimpah masuk ke kawasan yang rendah dan menyebabkan kawasan sekolah mengalami banjir. Namun begitu keadaan seperti ini tidak melunturkan semangat kental warga SK Engkilili No.1 untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang tahun.
Dalam bidang akademik, tahap pencapaian murid sekolah ini adalah memberangsangkan. Pelbagai strategik telah dirancang bagi memastikan murid-murid di sekolah ini mendapat keputusan yang cemerlang lebih-lebih lagi dalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kebanyakan daripada murid sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dan tidak kurang juga, ramai daripada bekas murid sekolah ini mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan. Dan ada sebilangan daripada mereka kembali semula ke SK Engkilili No.1 untuk terus menaburkan khidmat mereka sebagai pendidik bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan yang setandingan dengan zaman globalisasi ini.
salam,
BalasPadamnama saya Christopher Anak Nyalang. Saya belajar di sekolah bermula dari Tahun 1 sampailah ke tahun 6 iaitu bermula dari tahun 1993 hingga 1998. Sekarang ini, saya telah meninggalkan sekolah ini lebih kurang 12 tahun yang lalu dan tetap saya mengatakan saya berasa bangga kerana mendapat pendidikan awal di sini. Buat masa sekarang,saya baru saja menamatkan pengajian saya di universiti dan saya telah berjaya menjadi seorang jurutera awam dan bekerja dalam sektor industri. saya masih teringat lagi pesanan salah seorang guru yang mengajar di sekolah ketika itu iaitu Cikgu Arjuna Mustapha@ Cikgu Hassan, "jangan pernah lupa dari mana anda bermula...". Ia, saya bermula di sekolah kecil ini dan dalam hidup saya tak pernah sekali melupakannya. Bagi saya, ia merupakan salah sebuah sekolah yang terbaik pernah saya hadiri.
terima kasih.